Senin, 16 Desember 2013

Browse » home» » » » » » » » » Prank Meteor Jatuh Ke Bumi Guna TV HD

Prank Meteor Jatuh Ke Bumi Guna TV HD


Dalam dunia moden sekarang, aktiviti ‘prank’ sudah menjadi seperti suatu lumrah. “Prank” adalah satu perbuatan bergurau mengenakan orang lain dengan tahap melampau tetapi dengan niat hanya untuk suka-suka.

Di laman video YouTube, saya ingin berkongsi satu video prank menggunakan televisyen LED keluaran terbaru dari LG Ultra HD dengan skrin bersaiz 84 inci, yang memaparkan visual seperti seolah-olah dunia sebenar.

Video dimuatnaik di YouTube pada 2 September lepas, memaparkan bagaimana reaksi wajah beberapa individu yang menghadiri temuduga kerja kemudian dikejutkan dengan visual meteor jatuh dari angkasa kemudian menghempas bumi dengan menggunakan televisyen itu.

Dalam video selama 2.06 minit itu, ditayangkan bagaimana sebuah ruang pejabat tempat berlangsungnya temuduga itu diubahsuai untuk menempatkan kamera tersembunyi.

Tingkap di belakang penemuduga ditukar dengan televisyen Ultra HD itu tadi.

Apabila individu datang untuk temuduga itu, petikan video meteor tiba-tiba jatuh dari langat menghempas ke bumi ditambah dengan kesan khas gegaran menambahkan lagi realistiknya ‘prank’ berkenaan.

LG menamakan fenomena baru model terbaru televisyennya sebagai Ultra Reality kerana ia menghampiri seperti dunia sebenar dengan paparan imej berdefinisi tinggi.

Sejak dimuatnaik pada 2 September, video itu sudah ditonton lebih 7 juta kali.

Oleh : IBNU K

Tidak ada komentar:

Posting Komentar